Contact Links Centre

CONTACT LINK
“APPs Platform”
Technology Digital

Uwdieyn Network Digital Centre

 [Whatsapp Massager Home] :
https://wa.me/601116702973/Uwdieyn-Network-Centre/
 [Whatapps Massager Offce] :
https://wa.me/601131947053/Lineservice/
 [Facebook Account] :
https://www.facebook.com/UwdieynRosli
 [Facebook Massager] :
https://m.me/UwdieynNetwork
️‍️ [Facebook Page Uwdieyn_Network_Centre]
Lawat halaman :

https://www.facebook.com/pg/UwdieynNetworkCentre/reviews
️ [Facebook Page Diena_Slim’ax Juice]
Lawat halaman :

https://www.facebook.com/119810206084681?referrer

 [LinkedIn ] :
https://www.linkedin.com/in/uwdieyn-nyo-a51b9a18
 E-mail :
 : uwdieynnetworkcentre@gmail.com
 : mohamadaizuddinrosli@gmail.com
 Telegram Channel & Groups :
Telegram Group :

https://t.me/joinchat/NRWUxhMvy54M749br1Yy8g
Telegram Komuniti belia group :

https://t.me/joinchat/AAAAAFLWHlCwHA7Q916O-w
My Telegram Channel :

https://t.me/joinchat/AAAAAFMnOE0R85vPKPbtgg
Telegram channels!!! Free download selection version in technology :

https://t.me/joinchat/H1F1ZBRkkl7pJrXpAsGdzA
WordPress.com||page  :
Welcome Uwdieyn Website™ [Innovative Mobile Designs]® :

uwdieynnetworkcenter.wordpress.com
Uwdieyn Network Centre Home Blog :

uwdieynnetworkcentre.home.blog
Komuniti Belia Digital Teknologi :

uwdieynnetworkdaily.wordpress.com
Uwdieyn Network Digital Centre Home
Uwdieyn Network Centre
Digital Technology
Uwdieyn Network Digital
Centre Daily

Komuniti Belia Harapan Negara!!!

Komuniti Belia Digital Teknologi
Harus tahu apa peranan kita dalam komuniti!!!

Komuniti Belia yang tinggi akhlak, bermasyarakat, bersikap positif, beradap dan berbudi bahasa adalah Belia harapan negara untuk mencorakkan kemakmuran dimana sangat meyakinkan boleh membina negara maju dengan kukuh.

Bagi membina negara yang maju dan makmur, anggota masyarakatnya haruslah bersikap positif, beradab, berbudi bahasa serta berakhlak mulia.

Kita sering bercakap tentang kepincangan masyarakat serta kepentingan membenteras berbagai budaya negatif seperti rasuah, pecah amanah, penipuan dan sebagainya; namun setakat manakah kita ikhlas dalam usaha untuk membenteras punca berlakunya masalah-masalah ini?

Dan di manakah silapnya sehingga ada dalam kalangan masyarakat kita yang tidak lagi mementingkan adab dan budi bahasa di dalam kehidupan seharian?

Adab yang baik adalah asas kepada pembentukan akhlak dan keperibadian yang tinggi dan mulia; yang mana dapat menjadi benteng kepada penularan gejala-gejala negatif dalam kalangan masyarakat.

Justeru, kita harus memperkasakan pendidikan adab agar nilai-nilai mulia dapat ditanam dalam diri setiap insan sejak usia yang muda supaya mereka dapat menjadi rakyat yang bertanggungjawab kepada agama dan negara.

Perkara ini amat penting kerana walau semaju manapun sesebuah negara, segala-galanya bakal musnah jika rakyatnya semakin bersikap biadap, mementingkan diri sendiri serta bertindak sesuka hati tanpa menghormati undang-undang.

Kita sering lupa bahawa kejayaan akademik semata-mata tidak dapat menjamin seseorang remaja akan menjadi insan yang cemerlang dan terbilang.

Akibatnya, negara berdepan dengan berbagai masalah sosial yang bukan sahaja merugikan rakyat tetapi juga merugikan negara.

Komuniti Belia Rumpun Silat Sarawak

Insan yang berakhlak tinggi akan menghargai ilmu, bersikap amanah, bertanggungjawab, menjaga kesopanan dalam pergaulan, menghormati orang lain, taat kepada undang-undang serta tidak mudah terjebak dalam budaya negatif.

Sebagai insan yang membesar di era globalisasi hasil ledakan teknologi maklumat, para remaja kini berhadapan dengan pengaruh pemikiran liberal yang mencabar sikap kepatuhan kepada undang-undang agama serta negara.

Penggunaan bahasa kasar serta maki-memaki sudah menjadi perkara biasa dan dianggap sebagai gurauan dalam kalangan sesetengah remaja; malah tidak lagi menjadi perkara yang ditegah oleh sesetengah ibu bapa mahupun guru-guru mereka.

Ramai dalam kalangan remaja yang sering terikut-ikut dengan apa yang diangkat sebagai gaya hidup masa kini dan tidak mahu terikat dengan tatacara budaya kita yang berteraskan agama dan budi pekerti yang mulia.

Akibatnya, mereka bukan sahaja tidak merasa segan menggunakan istilah-istilah yang kesat dan kotor, malah merasa bangga serta mengganggap penggunaan istilah sebegitu sebagai sebahagian daripada gaya bahasa remaja yang bersesuaian dengan jiwa, budaya dan gaya hidup remaja di zaman ini.

Jika budaya sebegini berterusan sehingga mereka dewasa, maka dunia akan berhadapan dengan ahli-ahli masyarakat yang semakin terhakis adab kesopanannya serta tidak lagi mementingkan tatasusila dalam kehidupan.

Masa hadapan sebuah negara bangsa akan menjadi kelam jika para remajanya yang merupakan generasi pelapis sudah hilang hala tuju, serta tidak lagi hidup berlandaskan adab, tatasusila serta akhlak yang baik dan terpuji.

Banyak negara bergolak akibat sikap masyarakatnya yang biadap dan tidak menghormati pihak berkuasa.

Mereka memberontak di jalan raya dan tempat-tempat awan apabila mereka tidak berpuas hati dan akibatnya negara menjadi porak-peranda sehingga mereka kehilangan apa yang mereka miliki selama ini.

Sejarah membuktikan bahawa keruntuhan akhlak dalam kalangan rakyat dan pemimpin sesebuah kerajaan bakal mengakibatkan keruntuhan negara yang dahulunya gagah dan makmur.

Bagaimanakah keutuhan ekonomi negara dap9at dipertahankan jika rakyat serta pemimpinnya tidak amanah dan tidak setia serta berpihak kepada musuh negara?

“Gambar Hiasan Dinding”

Kami rasa bertanggungjawab dalam komuniti belia ingin berkongsi apa yang kami lihat dan rasakan, adakah kami para belia perlu meneruskan dan pertahankan sikap serta akhlak yang akan membawa kemusnahan kepada negara.

Kami “Komuniti Belia” mahukan negara yang sentiasa tenang, aman tenteram tanpa ada gangguan pihak luar.

“Demi inginkan Negara akan terus kehadapan dengan lebih berkesan kami ingin pihak pimpinan sekarang mesti melakukan penerapan program-program bersama berkongsi nilai-nilai murni dan memberikan contoh yang menjadi ikutan para Belia.

🚮 Program membina jati diri Komuniti belia luar bandar.

💻 Progam penggunaan Teknologi Digital untuk menjana pendapatan dalam Komuniti belia.

🎮 Program e- Game untuk komuniti belia.

🚭 Program belia sihat tanpa penyalahgunaan dadah!!!

Komuniti Belia Harapan Negara!!!

https://uwdieynnetworkcentre.home.blog.wordpress.com


Lanjutkan membaca “Komuniti Belia Harapan Negara!!!”